Nikon Z 8 telah dilancarkan sebelum ini sebagai model kemaskini untuk Nikon Z9. Kedua-dua kamera secara umumnya banyak berkongsi spesifikasi yang sama namun didatangkan dalam tubuh yang lebih kecil dan kompak bertujuan memudahkan lagi penggunaan.
Perkara ini selari dengan tujuan utama penawarannya yang mengkhususkan terhadap para pencipta kandungan. Bagi yang berminat ia juga telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM18,338 untuk tubuh sahaja. Kemudiannya meningkat kepada RM22,608 yang didatangkan bersama lensa Z8 BK SG (24 – 120mm f4 kit).
Berkongsi mengenai spesifikasi, ia menggunakan sensor 45.7 megapixel bingkai penuh stacked CMOS yang digabungkan dengan cip pemprosesan EXPEED 7 untuk kualiti imej yang luar biasa. Ini dipadankan juga dengan kemampuan merakam video 4K ProRes HDR 12-bit 60FPs atau sehingga 8K 60P yang menggunakan format N-RAW Nikon.
Melengkapi kamera ini, skrin LCD sebesa 2.4-inci yang boleh digerakkan pada empat paksi di samping dua port USB-C disediakan untuk pengecasan dan aksesori. Sementara itu sambungan tanpa wayar pula boleh dilakukan menggunakan bluetooth dan Wi-Fi 5 GHz.