Cari @ Amanz

Kerana perubahan iklim semakin ketara, kita boleh menikmati suhu panas melampau di siang hari diikuti hujan dengan ribut di waktu petang. Sudah menjadi lumrah di kota seperti Kuala Lumpur banjir berlaku secara mengejut. Flood Hub adalah kecerdasan buatan (AI) daripada Google yang boleh meramal banjir akan berlaku.

Minggu ini perkhidmatan Flood Hub dikembangkan lagi ke 60 negara dengan ia kini merangkumi 80 negara kesemuanya. Negara-negara yang dipantau Flood Hub terletak di Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah, rantau Asia-Pasifik, dan Eropah. Dengan ini kawasan yang berisiko banjir yang menempatkan 460 juta penduduk dunia kini boleh menerima amaran sehingga 7 hari lebih awal. Ini adalah peningkatan daripada amaran 48 jam sebelum ini.

Flood Hub mengumpul data yang diberikan kepada orang ramai, ramalan kaji cuaca, dan imej satelit. Model Hidrologik dan Model Banjir kemudiannya digunakan untuk meramal kawasan terjejas serta ketinggian air banjir yang bakal melanda. Dalam masa terdekat Google merancang mengintegrasikan Flood Hub ke dalam Maps dan Google Alerts.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd