Cari @ Amanz

Sejumlah pengguna perkhidmatan internet Unifi kini melaporkan masalah dalam melayari pelbagai laman-laman antarabangsa. Pihak TM tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan masalah ini buat masa ini, tetapi semakan melalui web Fing memperlihatkan masalah kritikal melibatkan sambungan sejak pukul 4.55 petang hari ini.

Disamping melalui media sosial, masalah ini turut dibincangkan melalui forum Lowyat. Pelbagai laman-laman yang dihoskan di luar Malaysia dilihat menghadapi masalah untuk diakses – sekaligus membuatkan orang ramai tidak boleh menggunakan internet seperti biasa dalam melakukan tugasan atau mendapatkan maklumat.

Pihak Unifi melalui Twitter dilihat meminta beberapa pengguna menyemak sambungan melalui penggunaan EasyFix. Ia masih tidak disahkan berkenaan dengan masalah sambungan ini, termasuk laman Unifi Alerts yang tidak dikemaskini dengan status perkhidmatan dalam bentuk masa-nyata.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd