Cari @ Amanz

Starlink dan ConnetmeNow menawarkan perkhidmatan Internet menggunakan satelit ke kawasan terpencil dengan kelajuan mencecah beberapa ratus Mbps. Pantas jika mengikut kayu pengukur 10 tahun yang lalu tetapi tidak lagi pada tahun 2023. Oleh itu sistem Internet satelit yang lebih pantas diperlukan bagi keperluan angkasawan yang mengorbit bumi dan perhubungan apabila manusia mula meneroka angkasa lepas.

Rekod dunia baharu kelajuan Internet terpantas dari angkasa ke bumi kini dipegang oleh CubeSat Pathfinder Technology Demonstrator 3 (PTD-3) oleh Terran Orbit yang memancarkan data pada kelajuan 200 Gbps. Ini dilakukan dalam jarak sejauh 480 kilometer antara satelit dan stesen penerima di bumi.

PTD-3 menggunakan laser untuk memancarkan data berbanding frekuensi radio jalur-X yang digunakan sistem Internet satelit semasa. Sistem laser menawarkan jalur yang lebih lebar untuk kelajuan Internet yang lebih baik. Teknologi ini dibangunkan bersama oleh NASA dan MIT Lincoln Laboratory.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd