Carian
Imej Pengolokan Samsung Galaxy Watch6 Classic Dengan Bezel Berputar Tertiris
May 24, 2023 Effi Saharudin

Rekaan jam tangan pintar Samsung berubah-ubah beberapa kali sejak model pertama dilancarkan sedekad lalu. Tahun lalu dalam siri Watch5, kesemua model tidak ditawarkan degan bezel berputar. Tahun ini ia disahkan akan kembali selepas imej pengolokan Samsung Galaxy Watch6 Classic tetris ke arena web menerusi OnLeaks.

Samsung Galaxy Watch6 Classic ialah salah satu daripada dua jam tangan Watch6 yang akan dilancarkan sekitar penghujung Julai kelak. Jelas dan nyata bezel berputar untuk navigasi dengan gerigi di atas skrin berbentuk bulat. Elemen lain jam seperti tubuh dan tali tidak banyak bezanya dengan Watch5 Pro.

Tali jam misalnya adalah dari jenis dengan pendakap bermagnet dan bukannya lubang pada tali jam dari bahan silikon. Dua butang navigasi pada sisi kanan serta sensor nadi di bahagian bawah turut masih kelihatan sama.

Tahun ini ia bakal hadir dengan beberapa ciri baharu bersama dengan Wear OS 4 seperti sandaran lebih baik, boleh ditambat ke telefon lain tanpa perlu ditetapkan semula dan integrasi aplikasi yang lebih menyeluruh.

Komen