Cari @ Amanz

Pencarian pesawat tempur generasi keenam oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dilakukan di bawah projek Next-Generation Air Dominance (NGAD). Pesawat NGAD akan menggantikan pesawat tempur F-22 Raptor yang direka lebih 25 tahun yang lalu dan kini dianggap tidak lagi mencukupi untuk berhadapan dengan keperluan medan tempur moden. USAF kini mengatakan kontak membangunkan pesawat ini akan dianugerahkan kepada syarikat terpilih pada tahun 2024.

Konsep pesawat tempur senjata laser Northrop

NGAD perlu mempunyai kemampuan melakukan operasi bersama dron sebagai pesawat induk atau secara berkumpulan. Perang Ukraine menunjukkan betapa pentingkan dron dalam medan perang moden sebagai bukan sahaja untuk proses pemantauan tetapi juga melakukan serangan tanpa dikesan dengan mudah.

Seperti biasa Northrop Grumman, Boeing dan Lockheed dipercayai terlibat dalam projek NGAD dengan satu prototaip telah melakukan penerbangan pertama pada tahun 2020. Beberapa imej konsep pesawat telah tertiris dengan butiran masih lagi dirahsiakan.

Konsep NGAD Lockheed Martin

Kontrak untuk membangunkan NGAD bernilai sekitar $2.3 bilion akan dianugerahkan kepada syarikat yang berjaya pada tahun 2024. Lebih $500 juta pula akan dibelanjakan bagi membangunkan enjin jet untuk NGAD. Belanjawan awal keseluruhan projek diumumkan sekitar $5 bilion.

Dengan ini Amerika Syarikat akhirnya memasuki era pesawat tempur generasi keenam mengikuti langkah UK dengan BAE Tempest dan Jepun dengan Mitsubishi F-X.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd