Samsung Galaxy A54 5G merupakan peranti kelas pertengahan yang mampu memberikan anda pengalaman yang memuaskan ketika menggunakannya. Dengan harga yang berpatutan dan sesuai dengan prestasinya, peranti ini menawarkan pelbagai keistimewaan seperti jaminan keselamatan selama 5 tahun, 4 kali kemaskini Android OS dan 2 tahun jaminan percuma.

Seperti siri Galaxy yang lain, Samsung Galaxy A54 5G menawarkan aplikasi Quick Share sebagai medium untuk penghantaran gambar dan Samsung Wallet untuk melakukan pembayaran secara nirtunai dengan mudah dan pantas. Sekiranya anda masih belum pernah menggunakan aplikasi-aplikasi ini, mari ketahui lebih lanjut tentang apa yang boleh anda lakukan dengan Samsung Galaxy A54 5G anda mulai hari ini.
Ingin berkongsi gambar dengan pantas? Gunakan Quick Share
Jika sebut tentang gambar, perkara yang wajib terlintas dalam minda pastilah tentang kualiti gambar yang baik dan storan yang mencukupi. Namun, adakah anda pernah terfikir tentang cara bagaimana untuk berkongsi gambar tanpa menganggu kualiti asli dan yang paling penting, mampu untuk berkongsi gambar yang diambil dengan pantas kepada maksimum lapan penerima dalam satu-satu masa?

Buat yang gemar mengambil gambar bersama-sama rakan, anda tidak perlu lagi risau tentang itu. Kini anda dapat berkongsi kesemua gambar sekaligus melalui aplikasi Quick Share di peranti Samsung anda. Dengan menggunakan fungsi pemindahan fail secara nirwayar seperti Quick Share ini, anda akan dapat berkongsi gambar dan fail pada bila-bila masa sahaja tanpa menganggu kualiti gambar yang asli.
Ia tidak berhenti di situ sahaja, selain berkongsi gambar, anda juga boleh berkongsi fail penting seperti fail berkaitan kerja terus ke peranti Samsung Galaxy yang lain seperti tablet mereka. Anda juga tidak perlu bimbang tentang privasi gambar atau fail yang telah dikongsikan kerana anda boleh memilih untuk memadamkan fail secara automatik menerusi tetapan. Kini, proses berkongsi fail dan gambar berjalan lancar tanpa sebarang masalah bersama Samsung Galaxy A54 5G.
Cara berkongsi gambar atau dokumen menggunakan Quick Share
Pertama sekali, anda perlu memilih terlebih dahulu gambar atau fail yang ingin dikongsikan dan kemudian tekan pada ikon ‘kongsi’. Seterusnya, tunggu beberapa saat untuk mengesan nama peranti Samsung rakan anda yang berdekatan dan tekan nama mereka. Setelah itu, anda boleh terus kongsikan gambar bersama rakan terdekat tanpa sebarang gangguan dan kualiti gambar juga kekal terjamin dalam resolusi asal. Bagi penerima pula, anda perlu tekan butang ‘terima’ dan gambar akan terus masuk ke dalam folder Quick Share yang telah disediakan di dalam galeri anda.
Lebih mudah membayar, tanpa rasa gundah dengan Samsung Wallet
Bagi anda yang masih belum tahu, Samsung Wallet merupakan sistem pembayaran melalui telefon pintar dimana ia membenarkan anda untuk membuat pembayaran dengan hanya menyentuhkan telefon pintar di terminal pembayaran tanpa mengeluarkan kad fizikal anda.
Apa relevannya Samsung Wallet jika dibandingkan dengan pembayaran menggunakan kad biasa? Samsung Wallet lebih mudah digunakan kerana anda tidak perlu mengeluarkan kad dari dompet anda dan paling penting pembayaran boleh dilakukan dengan lebih pantas. Membawa kad kemana-mana sahaja mungkin mudah bagi sesetengah orang namun ia berpotensi untuk terdedah kepada risiko kehilangan. Anda juga perlu mengeluarkan kad dari dompet dan nombor kad anda akan terdedah kepada umum. Berbeza dengan Samsung Wallet, data penting anda akan dilindungi dengan baik oleh Samsung Knox sebagai lapisan keselamatan terbina.

Selain itu, pembayaran menggunakan kad agak renyah kerana anda perlu mencari dan mengeluarkannya daripada dompet. Berbanding dengan Samsung Wallet, anda cuma perlu leret skrin ke atas dan ia juga menjimatkan masa anda kerana anda hanya memerlukan peranti untuk membuat pembayaran. Untuk menggunakan aplikasi ini, anda boleh menambatkan kad bank kedalam Samsung Wallet dan anda boleh memulakan pembayaran selepas melengkapkan semua maklumat yang diperlukan oleh sistem tersebut.
Apa yang lebih menarik lagi adalah selain dari menyimpan kad fizikal anda didalam Samsung Wallet, anda juga boleh menambah kad keahlian, pas kesihatan dan pas penerbangan. Ia juga diintegrasikan dengan Samsung Pass yang boleh menyimpan segala kata kunci anda di dalamnya. Untuk pas kesihatan, anda boleh menyimpan sijil vaksinasi dari MySejahtera terus ke dalam Samsung Wallet. Dengan hanya menggunakan peranti Samsung Galaxy A54 5G anda, semuanya berganda kali lebih mudah dengan Samsung Wallet.

Cara menggunakan Samsung Wallet
Buat anda yang pertama kali ingin mencuba menggunakan Samsung Wallet. Berikut merupakan cara untuk menetapkan Samsung Wallet anda di Samsung Galaxy A54 5G atau di peranti Samsung Galaxy yang lain.

Pertama sekali, anda perlu membuka aplikasi Samsung Wallet di peranti anda dan pilih untuk log masuk sekiranya anda sudah mempunyai akaun. Sekiranya belum, anda boleh memilih untuk mendaftar akaun baru dengan memasukkan maklumat yang diperlukan oleh aplikasi untuk sesi pendaftaran. Seterusnya, anda akan diminta untuk menetapkan sendiri kaedah pengesahan mengikut kesesuaian anda. Antara kaedah pengesahan yang boleh digunakan adalah menggunakan cap jari atau nombor PIN. Akhir sekali, anda boleh mengakhiri proses dengan menambahkan kad kredit atau debit anda menggunakan NFC atau isi secara manual ke dalam Samsung Wallet dan ia sedia digunakan untuk membuat pembayaran.
Kesimpulannya, kedua-dua aplikasi ini bukan sahaja memudahkan kehidupan seharian kita malah ia juga membantu dari segi menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti pengguna. Kini anda tidak perlu lagi menggunakan aplikasi berasingan hanya untuk menghantar gambar atau fail penting kepada rakan terdekat. Ia juga menjamin keselamatan fail-fail yang dihantar kepada pihak lain. Seiring dengan zaman yang mempratikkan bayaran nirtunai, kini anda tidak perlu lagi ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang tunai demi membuat pembayaran di kaunter.

Buat anda yang berminat, anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy A54 5G dengan harga RM1,899 melalui pengedar yang sah mereka di seluruh Malaysia. Jika anda sudah memilikinya, pastikan anda optimasikan sepenuhnya Samsung Galaxy A54 5G anda hari ini melalui penggunaan Quick Share dan Samsung Wallet untuk pengalaman penggunaan yang lebih memuaskan.
- Info
- Beli: Samsung Galaxy A54 5G
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia