Kebelakangan ini, salah satu topik yang menjadi tumpuan ramai adalah penggunaan bot dengan sokongan kecerdasan buatan. Beberapa aplikasi telah turut menyertakannya, termasuk Snapchat. Kini, tidak ketinggalan adalah TikTok.
Melalui perkongsian, TikTok mengatakan mereka kini pada peringkat awal dalam menguji bot tersendiri, dinamakan Tako. TikTok menguji Tako yang dikuasakan kecerdasan buatan ini secara terhad di Filipina.
TikTok Tako direka dalam memudahkan pengguna untuk menemui pelbagai kandungan menarik dalam TikTok melalui input berasaskan teks.
TikTok turut menekankan yang mana ia hanya sekadar ujian sahaja, dan tiada perancangan lanjutan untuk Tako buat masa ini.