Cari @ Amanz

TicWatch Pro 5 akhirnya rasmi dilancarkan secara rasmi minggu ini. Ia adalah jam tangan pintar Wear OS 3.x pertama pertama Mobvoi dan juga pertama di dunia yang dijana dengan Snapdragon W5+ Gen 1. Walaupun jam ini secara keseluruhan nampak sama rekaannya ada perkara yang membuatkan saya rasa nak marah.

Pertama sekali adalah TicWatch Pro 5 menggunakan saiz tali jam baharu. Saiz yang digunakan adalah lebih besar dan juga aneh iaitu 24mm. Ini menjadi masalah kerana tali jam adalah jenis tersuai dan tidak digunakan oleh pengeluar lain.

TicWatch Pro 5 menggunakan tali bersaiz 22mm atau lebih spesifik 50.0x(P) x 48.0(L) x 12.2(L) mm. Mobvoi turut menyatakan yang perubahan ini adalah disengajakan membuatkan pengguna TicWatch Pro 3 dan TicWatch Pro 3 Ultra termenung kerana tidak boleh menggunakan tali jam lama.

Mobvoi turut berkongsi yang kali ini penawaran tali jam untuk TicWatch Pro 5 dihadkan. Tetapi anda boleh padankan dengan tali jam pihak ketiga lain dan atau langgan sahaja TimeShow iaitu perkhidmatan langganan muka jam Mobvoi tersendiri untuk menghiasi jam anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd