Cari @ Amanz

Pengguna Google Pixel Watch melaporkan isu panel belakang jam tangan pintar ini tertanggal secara rawak. Dalam satu gambar yang tular di Twitter minggu ini, panel yang menutup sensor pengecasan nadi dan kepekatan oksigen dalam darah didakwa tertanggal ketika pemakai sedang bersenam.

Google mengesahkan isu ini hanya melibatkan sebahagian kecil Pixel Watch yang telah dijual. Mereka sedang berusaha mengenalpasti sebab ini berlaku dan menyelesaikan isu ini dengan kadar segera. Sebilangan pengguna merungut Google membaiki masalah ini dengan percuma tetapi kemudiannya wang dipulangkan mengikut jaminan asal satu tahun yang diberikan.

Produk generasi pertama kerap mempunyai pelbagai isu. Apple Watch misalnya mempunyai isu jam yang menggelembung secara rawak tahun lalu. Ini adalah cabaran yang perlu dihadapi bagi mereka ingin mencuba produk generasi pertama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd