Cari @ Amanz

Kerajaan sedia maklumkan berkenaan keengganan pihak Telegram bekerjasama dalam mengekang sejumlah kandungan yang tidak sihat – terutamanya berbentuk lucah dan juga penipuan. Permasalahan yang timbul disebabkan oleh kandungan seumpamanya semakin meningkat dari hari ke hari, dan kini pihak kerajaan sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam mengekang perkara berkenaan.

Bercakap lanjut mengenainya, Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan tindakan kerajaan terhadap Telegram kelak dijangka akan mempunyai impak yang minima terhadap pengguna aplikasi tersebut. Aplikasi Telegram sedia digunakan meluas oleh pengguna tempatan, terutamanya dalam berkongsi fail bersaiz besar.

Ia sekali lagi ditekankan yang mana pihak Telegram masih tidak bekerjasama dengan kerajaan dalam membincangkan berkenaan penyalah-gunaan kandungan dan aplikasi tersebut.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd