Carian
Suruhanjaya Sekuriti Amerika Syarikat Memfailkan Sebanyak 13 Dakwaan Terhadap Binance
June 6, 2023 Aman

Suruhanjaya Sekuriti Amerika Syarikat kini dilaporkan telah memfailkan sebanyak 13 saman ke atas bursa dagangan kripto popular, Binance, dan juga ke atas CEO syarikat berkenaan – atas pelanggaran perundangan sekuriti di negara tersebut.

Antara perkara yang didakwa adalah termasuk membenarkan pengguna di Amerika Syarikat untuk berdagang pada bursa yang tidak berdaftar, manipulasi pasaran, mencampurkan aset pelanggan bersama pegangan peribadi dan syarikat, penyalahgunaan dana, serta melanggar sejumlah perundangan Amerika Syarikat lain melibatkan sekuriti dan pelaburan.

Disamping ini, Binance juga dalam siasatan melibatkan dakwaan pengubahan wang haram dan beberapa perkara lain – oleh agensi lain di Amerika Syarikat.

CEO Binance melalui Twitter mengatakan akan mengeluarkan respon rasmi sebaik sahaja melihat kepada dakwaan tersebut sepenuhnya. Perkara ini turut memperlihatkan sejumlah kriptowang yang turut memperlihatkan penurunan nilai sejak dakwaan ini diumumkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Untuk makluman, pihak berkuasa di Malaysia sedia meminta operasi Binance dihentikan sejak tahun 2021 lepas.

Komen