Cari @ Amanz

Sistem imbasan anak mata Optic ID diumumkan oleh Apple hari ini dengan ia akan digunakan pada set kepala Vision Pro. Ia sebuah lagi sistem biometri yang digunakan selepas Touch ID dan Face ID sebelum ini.

Optic ID mengenalpasti anak mata pemakai Vision Pro yang adalah unik untuk setiap individu. Menurut Apple anak mata pasangan kembar adalah berbeza mengelakkan insiden Face ID yang boleh dinyahkunci kembar tidak akan berulang sekali lagi.

Sistem ini menganalisa anak mata menggunakan lampu LED yang tidak dapat dilihat oleh pemakai. Seperti sistem biometri terdahulu, maklumat anak mata pemakai disimpan dalam Secure Enclave yang tidak boleh diakses oleh Apple. Menerusi Optic ID, pengguna Vision Pro boleh melakukan pembelian aplikasi, perbankan dan mengisi kata laluan secara automatik dengan menggunakan mata mereka sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd