Pada pengumuman set kepala Vision Pro, Apple turut berkongsi pentas bersama Disney, dimana Disney mengumumkan aplikasi perkhidmatan penstriman Disney+ akan tersedia untuk set kepala Apple berkenaan pada hari pelancaran.

Disney turut menyasarkan set kepala berkenaan akan menawarkan pengalaman menonton yang lebih baik berbanding pada hari ini, selain memberikan lebih kandungan dalam kaedah serba baharu kepada pengguna.
Disney memperlihatkan sejumlah kandungan yang akan dibawakan, termasuk hiburan, sukan, dan juga dokumentari. Disamping menonton kandungan video semata, beberapa kaedah interaksi lain turut dijangka ditawarkan – seperti membawa watak-watak Disney ke berhampiran pengguna melalui integrasi realiti-terimbuh.


Apple Vision Pro dijadualkan untuk dipasarkan pada awal 2024 kelak pada harga mencapai RM16,000.