Cari @ Amanz

Selain daripada Realme C53 dan Realme Smart TV 4K 50″, realme Malaysia turut melancarkan penapis udara baharu Realme TechLife Air Purifier Pro. Produk ini adalah versi lebih berkuasa dan premium kepada versi yang dilancarkan pada tahun 2021 lalu.

Penapis udara baharu ini hadir dengan penapis HEPA 3-dalam-1 360 darjah. Terdapat tiga tahap penapisan iaitu untuk menapis habuk, rambut-rambut, debu dan kotoran-kotoran dalam udara. TechLife Air Purifier Pro turut boleh memastikan udara di dalam rumah, bilik atau pejabat segar dan bebas daripada bakteria.

Selain itu, penapis ini turut boleh melindungi sesebuah bilik yang seluas 57.6 meter per segi. Turut terbina adalah laser mengesan kualiti udara dan maklumat akan dipaparkan pada skrin LED kecil. Realme menyediakan 6 mod berbeza dengan 4 tetapan masa yang boleh dikawal melalui aplikasi Realme Link.

Harga jualan Realme TechLife Air Purifier Pro adalah RM799. Tetapi sempena pelancaran ia boleh dibeli pada harga RM699 di laman e-dagang rasmi Realme di Shopee atau Lazada.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd