Instagram Sedang Menguji Chatbot AI Tersendiri
Effi Saharudin
Snapchat mempunyai My AI, sebuah chatbot yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) ChatGPT untuk berinteraksi dengan pelanggan Snapchat+. Kini muncul laporan daripada ZDNet yang mengatakan ciri serupa diuji juga oleh Instagram.

Kewujudan ujian ini ditemukan oleh Alessandro Paluzzi seorang pembangun aplikasi menerusi laman Twitter beliau semalam. Chatbot AI yang sedang diuji ini mempunyai 30 personaliti berbeza yang boleh dipilih oleh pengguna Instagram. Ia boleh digunakan untuk berbual dan meminta pendapat. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk membantu menulis mesej serta menjana kreativiti pengguna.
Tidak diketahui bilakah ciri ini akan diberikan kepada semua atau sekadar ujian dalaman. Meta syarikat induk Instagram kerap melakukan ujian terhad pada platform milik mereka sebelum mematikannya di kemudian hari.
[sumber] @alex193a [/sumber]