Cari @ Amanz

Rentetan daripada laporan lepas mengenai Yodoo bakal membolehkan pengguna menyesuaikan tempoh panggilan aktif talian. Kini, ia mula ditawarkan secara rasmi kepada pengguna dengan diskaun menarik yang turut disertakan bersama.

Melaluinya pengguna kini boleh mengubahsuai tempoh langganan di antara 90 hari sehingga 180 hari dengan membuat pembayaran keseluruhan terlebih dahulu. Menariknya lagi apabila diskaun sehingga 10% ditawarkan kepada pengguna yang membuat pengubahsuaian ini. Namun begitu, pelan ini hanya tersedia untuk langganan dengan perbelanjaan minimum RM30 sebulan.

Perlu diingatkan, pengguna juga tidak boleh menukar pelan sepanjang tempoh sah lanjutan ini. Sekiranya anda berbuat demikian, langganan semasa akan ditamatkan serta merta dan tiada bayaran balik akan diberikan semula. Begitu juga bagi mereka yang berniat mahu membatalkan pelan dalam tempoh sah, tiada bayaran balik yang akan dikembalikan.

Kemudian bagi anda yang kehabisan data di tengah bulan pula, masih boleh dapatkan booster tambahan yang disediakan melalui aplikasi mudah alih Yoodo. Pelan ini juga tidak akan diperbaharui secara automatik, sebaliknya perlu dilakukan secara manual atauj tempoh sah akan ditetapkan semula kepada 30 hari seperti biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd