Cari @ Amanz

Apple Vision Pro membayangkan dunia set kepala AR ini digunakan sepanjang masa untuk bekerja, berinteraksi dengan orang lain secara atas talian dan juga menikmati kandungan hiburan. Tetapi satu perkara yang tidak disentuh dalam video rasmi Apple ialah mengenai hayat baterinya.

Tetapi menurut laman rasmi Vision Pro, Apple mengesahkan hayat baterinya adalah sehingga dua jam sahaja. Ini membuatkan tontonan video seperti Lord of The Rings atau Sivaji The Boss tidak boleh dilakukan berterusan secara nirwayar dalam Vision Pro kerana kedua-dua filem ini lebih panjang dari dua jam.

Jika tontonan ingin diteruskan juga, pengguna boleh memasang kabel pengecas kepada pek bateri Vision Pro. Ini boleh membuatkan pengalaman menonton filem terasa sedikit menyusahkan kerana kabel kuasa boleh berselirat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd