Cari @ Amanz

Perang teknologi dapat dilihat setiap hari sejak 2019 selepas Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti oleh Amerika Syarikat. Ia kemudiannya merebak ke negara sekutu Amerika Syarikat yang bersetuju bahawa penggunaan kelengkapan Huawei pada infrastruktur telekomunikasi adalah berisiko. Tetapi kini Kesatuan Eropah (EU) ingin penggunaan kelengkapan 5G diharamkan di semua negara-negara ahli.

Huawei 5G

Selain kelengkapan Huawei, kelengkapan telekomunikasi dari syarikat-syarikat lain yang berisiko juga akan diharamkan. Di Eropah negara seperti Perancis dan Itali telahpun mengharamkan kelengkapan 5G daripada Huawei. Sementara itu Jerman pula sebaliknya dengan tidak mengendahkan amaran sekutu mereka Amerika Syarikat.

Di Malaysia kerajaan tidak akan menghalang syarikat telekomunikasi daripada menggunakan kelengkapan 5G kedua yang akan beroperasi tahun depan. Kerajaan hanya tidak akan menandatangani perjanjian dengan syarikat telekomunikasi besar China ini di masa akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd