Rangkaian 5G kedua negara akan mula beroperasi tahun hadapan selepas sebagai alternatif kepada rangkaian Digital Nasional Berhad sekarang. Selepas diumumkan, wujud laporan Malaysia menerima amaran daripada Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat mengenai risiko menggunakan kelengkapan 5G Huawei pada rangkaian kedua ini. Dalam temuramah bersama Bloomberg, Menteri Kementerian Komunikasi Digital Fahmi Fadzil mengatakan kerajaan tidak akang menghalang penggunaan kelengkapan 5G Huawei di Malaysia.
Tambah Fadzil, kerajaan membenarkan syarikat telekomunikasi memilih sendiri kelengkapan syarikat mana ingin mereka gunakan. Kerajaan juga tidak akan memeterai sebarang kontrak dengan mana-mana pembekal peralatan rangkaian. Sungguhpun begitu kerajaan akan mengambil kira kebimbangan yang disuarakan oleh beberapa negara Barat mengenai kemungkinan penggunaan kelengkapan Huawei.
Kelengkapan 5G telahpun diharamkan di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, UK, Jepun, dan kelak di Portugal atas risiko intipan oleh China. Ini dilihat sebagai usaha negara sekutu Amerika Syarikat yang ingin menghalang kemajuan teknologi dari China. Sebagai balasan China mengharamkan cip Micron pada kelengkapan kerajaan atas alasan ia mendatangkan risiko kepada keselamatan negara