Untuk menggunakan set kepala Apple Vision Pro pertama sekali anda perlu tinggal di Amerika Syarikat. Kemudian anda perlu mempunyai RM16,000 untuk membelinya dan kemudian ke Apple Store supaya ukuran muka boleh diambil bagi memastikan ianya muat dengan kepala anda. Jika anda rabun, anda perlu membeli pula lensa khas keluaran Zeiss kerana pemakaian dengan cermin mata tidak digalakkan.

Mark Gurman, penulis Bloomberg menghantar ciapan menganggarkan kos menghasilkan lensa Zess ini adalah antara $300-600 (~RM 1382-2765) sepasang. Apple belum mengeluarkan kenyataan sama ada kos ini akan ditanggung mereka ataupun pembeli Vision Pro kelak. Ini semuanya hanya akan terjawab selepas Vision Pro mula dijual awal 2024.
Sebagai seorang insan rabun dan dengan cermin mata lensa Zeiss, kami boleh katakan anggaran ini adalah hampir dengan harga pasaran. Semakin rabun mata, semakin tinggi harganya kerana memerlukan kaca indeks tinggi. Bagi mereka yang tidak ingin membayar lebih untuk lensa khas, Meta Quest 4, Pico 4 dan PlayStation VR2 tidak menyokong pengguna bercermin mata.
- Sumber
- Mark Gurman