Cari @ Amanz

Satu kelebihan PC berbanding Mac ialah terdapat lebih banyak permainan video yang disokong. Diablo IV yang dilancarkan semalam misalnya masih tiada versi untuk Mac tanpa sebarang maklumat bila ia akan tiba. Tetapi Apple telah melancarkan Game Porting Tool yang akan berfungsi di dalam macOS Sonoma.

Menerusi Game Porting Tool pembangunan permainan yang menggunakan API DirectX 12 akan dapat mengubah permainan mereka ke API Metal 3 supaya ia boleh dimainkan secara natif di macOS. Dengan ini semakin permainan video boleh dimainkan pada Mac secara natif. Ini adalah satu lagi usaha Apple selain Game Mode yang turut diumumkan di WWDC dua hari lalu.

Mungkin dalam masa terdekat Mac boleh menjadi platform pilihan golongan gamer. Tetapi seperti biasa sokongan daripada pembangun sendiri adalah perlu untuk merealisasikan impian ini. Sementara itu pilihan lain ialah memasang Windows pada Mac menggunakan Boot Camp.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd