Netflix berjaya meningkatkan jumlah pelanggan dan pendapatan syarikat pada suku yang lalu selepas memperkenalkan pelan lebih murah dengan sokongan pengiklanan. Syarikat seterusnya yang akan memperkenalkan pelan yang sama ialah Prime Video menurut laporan Wall Street Journal.

Menurut sumber dalaman Amazon masing sedang memperincikan bagaimana iklan akan dipaparkan dalam video, dan acara sukan secara langsung dalam Prime Video. Perniagaan pengiklanan Amazon adalah antara penjana pendapatan tertinggi. Kepakaran sedia ada digunakan untuk menarik pelanggan ke Prime Video.
Pengiklanan sudahpun wujud dalam Prime Video tetapi hanya untuk mempromosikan kandungan asli yang diterbitkan mereka. Ia dimainkan sebelum sesebuah video distrim dengan ia boleh di langkau oleh pengguna. Mungkin model pengiklanan seakan YouTube bakal digunakan. Maklumat lebih lanjut akan diketahui selepas pengumuman rasminya kelak.
- Sumber
- Wall Street Journal