Cari @ Amanz

Pada mesyuarat dalaman Meta yang diadakan oleh Mark Zuckerberg, beliau menyentuh beberapa perkara, dimana selain kecerdasan buatan, Mark turut menyentuh berkenaan set realiti-gabungan yang diumumkan oleh Apple baru-baru ini, iaitu Apple Vision Pro.

Mark Zuckerberg menyatakan melalui apa yang diperlihatkan, tiada sebarang pembaharuan atau penyelesaian baharu yang dibawakan oleh Apple – selain apa yang telah sedia diteroka oleh pihak Meta.

Pada masa yang sama, visi dan nilai yang dibawakan oleh Apple melalui set kepala mereka adalah berbeza dengan apa yang diinginkan oleh Meta. Mark Zuckerberg turut menyentuh secara ringkas yang mana Meta inginkan orang ramai untuk berinteraksi, bersosial dan merasakan mereka berdekatan melalui penggunaannya. Meta juga inginkan gaya aktif dan melakukan sesuatu perkara melalui set kepala mereka.

Sebaliknya, Mark Zuckerberg mengatakan demo untuk Apple dilihat lebih kepada orang hanya duduk berseorangan. Mark Zuckerberg turut menambah yang mana ia mungkin visi untuk masa depan perkomputeran, tetapi bukan apa yang diinginkan oleh Meta.

Paling terbaru, Meta telah pun mengumumkan Quest 3 yang mana berharga sekitar $499, iaitu berkali gan lebih murah berbanding Apple Vision Pro yang disenaraikan pada harga $3499 (~RM16000).

Dengan perkembangan terbaru ini, semestinya menarik bagaimana kedua-dua pihak – Meta dan Apple, memposisikan produk dan mendapatkan pegangan pasaran masing-masing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd