Carian
iPhone Kelak Boleh Dijadikan Kamera Pintar 360 Darjah
June 9, 2023 Fahim Zahar

Semasa iOS 17 diumumkan di acara WWDC 2023, Apple menyertakan banyak ciri menarik pada iPhone. Apa yang saya tidak sabar ingin cuba adalah ciri StandBy yang mengubah iPhone menjadi skrin pintar seakan Google Nest Hub. Ia adalah mod khusus ketika pengecasan yang memaparkan waktu atau sesuatu widget dalam bentuk skrin penuh, serta pada paparan mendatar.

Bukan itu sahaja, demonstrasi Apple turut memperlihatkan iPhone diletakkan dalam cagak khas dengan sambungan seakan MagSafe. Menerusi laman Apple Developer, iPhone boleh diubah menjadi kamera 360 darjah apabila diletakkan dalam cagak bermotor yang berputar.

Menerusi integrasi DockKit (ciri pintar yang mengesan iPhone dipegang), cagak bermotor boleh menerima arahan daripada data penjejakan subjek Camera API. Apabila subjek bergerak, ini akan dijejak kamera yang kemudiannya mengawal pergerakan cagak bermotor bagi memastikan subjek sentiasa berada di tengah-tengah bingkai video.

Menurut Apple ciri ini tidak terhad kepada aplikasi kamera iPhone tetapi sebarang aplikasi yang menyokong Camera API seperti Filmic Pro. Antara senario penggunaan ialah sesi telesidang, pembentangan, pendidikan, penstriman langsung, acara sukan, perubatan dan banyak lagi.

Komen