Januari lepas, PRISM+ telah membuka kedai fizikal kedua mereka di IOI City Mall. Lokasi ini menjadi kedai terbesar mereka setakat ini. Kini kedai ketiga pula telah dibuka di Paradigm Mall, Johor.

Kedai ketiga ini juga merupakan cawangan pertama di luar Lembahh Klang. Dengan pengenalan lebih banyak kedai fizikal, PRISM+ ingin nama mereka lebih dikenali dan kelak mereka turut ingin menawarkan lebih banyak produk selain televisyen seperti barangan rumah pintar. Antara yang dirancang adalah penyaman udara.

Seperti kedai-kedai mereka yang lain, di Paradigm Mall ini PRISM+ turut akan memaparkan pelbagai monitor, televisyen, pemegang monitor dan soundbar mereka untuk pengguna lihat, pegang dan uji sebelum membelinya. Barangan gaming Logitech G turut boleh dibeli di sini.
Bagi yang ingin dapatkan barangan PRISM+ secara luar talian cawangan di Paradigm Mall ini terletak di Tingkat 2, unit 63 dan 63A. Hari pembukaan akan berlangsung pada 10 Jun, jam 10 pagi.

Jika anda hadirkan diri di lokasi ini pada hari kejadian, pelbagai barangan akan dijual pada harga diskaun termasuk produk-produk Logitech G dengan potongan harga 15%. Berikut adalah butiran;
- Percuma 1x monitor 24″ F240n bernilai RM629 dengan pembelian televisyen PRISM+ 4K Android TV Q55-QE 55”.
- Percuma 1x Elevate Stand atau 1x Arc Lite Monitor Arm dengan pembelian monitor 34″ X340 Pro atau monitor 24″ X240.
- Monitor 22″ W220v 22” – RM299.
- Logitech G502 Hero Wired – RM129