Carian
Samsung Memulakan Pembangunan AI Kendiri Seakan ChatGPT
June 9, 2023 Effi Saharudin

Pada bulan lalu Samsung dan Naver menandatangani perjanjian kerjasama membangunkan kecerdasan buatan (AI) untuk kegunaan dalaman. Samsung mengharamkan kakitangan daripada menggunakan AI pihak ketiga seperti ChatGPT selepas ia menyebabkan rahsia syarikat tertiris. Hari ini media Korea melaporkan Samsung telah memulakan latihan AI menggunakan model Model Bahasa Raya (LLM) mereka.

Bagi membolehkan latihan dilakukan dengan lancar, Samsung mengeluarkan notis kepada kakitangan supaya tidak menggunakan GPU syarikat untuk seketika. Samsung menyasarkan LLM mereka akan boleh siap dibangunkan dalam masa dua bulan sebelum boleh digunakan kakitangan menjelang Oktober.

Bantuan Naver diperlukan untuk latihan dan enjin carian utama Korea ini pula akan menggunakan cip AI keluaran Samsung di masa hadapan. Majoriti AI yang popular sekarang tidak dilatih dalam bahasa Korea menyebabkan berlaku halangan bahasa. Naver sebelum ini dilaporkan berminat membangunkan AI untuk negara-negara lain yang tidak mahu campur tangan Amerika Syarikat.

Komen