Cari @ Amanz

Vivo mengikuti jejak langkah Oppo dan OnePlus menghentikan jualan semua produk mereka di Jerman. Ini berikutan Nokia mengambil langkah menyaman syarikat kerana menggunakan beberapa teknologi milik mereka tanpa pembayaran royalti. Semalam Vivo juga menghentikan jualan peranti mereka di Jerman atas sebab yang sama.

Laman Vivo di Jerman tidak lagi memaparkan sebarang produk. Maklumat mengenai produk juga dibuang tetapi pelanggan sedia ada diberikan jaminan bahawa mereka masih boleh mendapatkan khidmat pelanggan dan kemas kini perisian. Tidak maklumat sama ada ini adalah tindakan sementara atau Vivo secara rasmi keluar daripada pasaran Jerman.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd