Carian
Penghantaran DM Akan Dihadkan Kepada Pengguna Yang Tidak Melanggan Twitter Blue
June 13, 2023 Effi Saharudin

Selamat pagi dan selamat datang ke rancangan “apakah idea Elon Musk hari ini” ? Twitter semakin hari semakin hilang serinya sejak Musk mengambil alih platform ini tahun lalu. Kelak satu lagi perubahan besar akan dilakukan dengan ia mungkin akan menjadi sebuah lagi keputusan yang tidak popular.

Menurut tangkapan layak oleh Alessandro Paluzzi, Twitter sedang menguji ciri menghadkan jumlah DM yang boleh dihantar setiap hari oleh pengguna biasa. Hanya pelanggan Twitter Blue boleh menghantar DM tanpa had selepas ini. Elon juga mengesahkan selepas

ini ciri menghantar DM kepada individu yang tidak diikuti hanya boleh dilakukan pelanggan Blue. Menurut beliau ini ialah cara memerangi isu spam yang diterima menerusi DM sedia ada.

Pada waktu ini had penghantaran DM kepada semua pengguna ialah 500 sehari. Masih tidak diketahui apakah had baharu yang akan dikenakan. Twitter telahpun mengaktifkan had penghantaran 2400 ciapan sehari termasuk RT pada Februari yang lalu.

Komen