FTC Memfailkan Injunksi Menghalang Pembelian Activision Blizzard Oleh Microsoft
Effi Saharudin
Impian Microsoft untuk mengambil alih Activision Blizzard kini berhadapan dengan satu lagi halangan selepas FTC memfailkan injunksi sementara ke atas mereka. Ini adalah halangan kedua dihaadpi mereka selepas di United Kingdom oleh Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran (CMA) UK.

Pengumuman pembelian dilakukan pada Januari 2022 pada nilai hampir $70 bilion yang akan menjadikan Microsoft antara penerbit permainan video terbesar dunia. Pelbagai bantahan dari syarikat lain seperti Sony diterima kerana risau siri popular seperti Call of Duty, Diablo dan Starcraft akan menjadi hak eksklusif platform milik Microsoft di masa hadapan yang dilihat sebagai langkah untuk memonopoli pasaran.
Microsoft telahpun menawarkan Sony perjanjian menyokong Call of Duty di PlayStation selama 10 tahun. Nintendo telahpun bersetuju dengan Microsoft untuk perkara yang sama. Tetapi masih timbul keraguan penawaran pada platform Micorosft adalah lebih baik meletakkan konsol lain di posisi yang merugikan.
[sumber] Reuters [/sumber]