Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Z Flip5 dijangka akan dilancarkan pada 26 Julai nanti. Berdasarkan imej tertiris, peranti ini akan menggunakan skrin luar sebesar 3.4″ yang lebih besar berbanding model terdahulu dan mirip yang ditemukan pada Razr 40 Ultra.

Baru-baru ini SamMobile melaporkan yang Google akan mengemaskini pelbagai aplikasi mereka untuk digunakan pada skrin luar Galaxy Z Flip5. Mereka turut menyatakan yang aplikasi seperti Google Maps, YouTube atau Google Messages akan mempunyai antaramuka tersendiri untuk digunakan pada skrin luar.

Dengan ciri baharu ini pengguna boleh menggunakan Z Flip5 tanpa menggunakan membukanya terlebih dahulu untuk akses lebih pantas. Tambahan sumber lagi, pelbagai aplikasi Samsung juga mungkin akan dioptimasikan untuk terus digunakan pada skrin luar. Ciri ini sudahpun disokong pada Razr 40 Ultra maka tidak mengejutkan ia turut akan disertakan pada peranti Samsung.

Apa kata anda? Adakah menggunakan aplikasi pada skrin 3.4″ selesa dan memudahkan atau sebaliknya?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd