Malam tadi Nothing telah mengesahkan yang Phone (2) akan dilancarkan pada 11 Julai akan datang. Hari ini Carl Pei telah berkongsi di Twitter mengenai kemas kini untuk pengguna Phone (1) agar mereka tidak rasa ketinggalan apabila peranti baharu diumumkan.
Phone (1) akan menyokong Nothing OS 2.0 iaitu sistem operasi baharu yang dibina berasaskan Android bermula bulan Ogos kelak. Masih tiada sebarang butiran yang didedahkan apakah ciri baharu yang bakal diperkenalkan.
Nothing OS akan memberikan pengalaman penggunaan seakan Android stok dengan muka taip dan beberapa aplikasi tersendiri Nothing. Prestasi sistem operasi ini dikatakan akan kekal lancar dan pantas seperti mana berlaku pada Oxygen OS kerana dibangunkan oleh bekas pembangun OnePlus.