ASEAN Sedang Merangka Panduan Tadbir Urus Dan Etika Kecerdasan Buatan
Effi Saharudin
Adakah kecerdasan buatan (AI) berbahaya kepada tamadun manusia. Ratusan pakar bersetuju bulan lalu bahawa wujud risiko ia boleh menyebabkan kepupusan manusia sekiranya ia tidak dikawal dengan ia diletakkan setanding dengan senjata nuklear. Kesatuan Eropah (EU) dan China sudahpun memulakan usaha untuk mengawal pembangunan AI. Menurut laporan Reuters, negara-negara ahli ASEAN kini sedang dalam proses merangka panduan tadbir uras dan etika untuk pembangunan kecerdasan buatan.

Panduan ini adalah perlu bagi memastikan keselamatan 660 juta penduduk di rantau ASEAN yang mempunyai 10 negara ahli. Keseimbangan di antara kelebihan penggunaan teknologi AI dan risikonya perlu dicapai sebelum terlambat. Pada waktu ini panduan masih dirangka dengan ia mungkin diumumkan dalam pertemuan ketua negara ASEAN yang akan berlangsung tahun hadapan di Singapura.
Kesan jangka pendek penggunaan AI generatif sudah dapat dilihat dengan ratusan pekerja dalam bidang penulisan, dan seni kehilangan kerja kerana populariti AI seperti ChatGPT dan Midjourney.[
[sumber] Reuters [/sumber]