Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini berkongsi mereka sedang bekerjasama dengan pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam membangunkan Kod Etika Kecerdasan Buatan (AI Code of Ethics). Pembangunan ini juga turut melibatkan wakil-wakil daripada agensi kerajaan dan beberapa institusi pengajian tinggi.
Kod etika ini dikatakan berkait-rapat dengan prinsip yang telah digariskan dalam Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025. Ia turut meliputi kesaksamaan, kebolehpercayaan dan kawalan, privasi dan keselamatan, keterangkuman, ketelusan, kebertanggungjawaban dan juga kebahagian insan.
Kod etika ini dibangunkan dalam mengurangkan risiko dan kesan negatif dalam penggunaan teknologi kecerdasan buatan, disamping turut meningkatkan kebolehpercayaan dalam menggunakan teknologi kecerdasan buatan ini.
Selain ini, negara-negara ahli ASEAN juga sedia dilaporkan sedang merangka panduan tadbir urus dan etika kecerdasan buatan.