Cari @ Amanz

LHDN atau Lembaga Hasil Dalam Negeri merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam mengumpulkan cukai daripada para pembayar seluruh negara. Berkongsi berkenaan perkembangan semasa, LHDN menyatakan telah menerima pemfailan cukai dengan nilai RM1.21 bilion setakat 14 Jun yang lepas, sebelum tarikh akhir 30 Jun ini.

Angka tersebut masih rendah jikalau dibandingkan dengan cukai taksiran tahun 2021, yang bernilai RM5.56 bilion.

Berkongsi lanjut, ia diingatkan supaya mereka yang layak untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing. Terutamanya kelompok mereka yang menjalankan perniagaan runcit, jualan langsung, gerai, bidang penulisan, penyanyi, “YouTuber” dan juga pempengaruh.

Sebelum ini sendiri, LHDN sedia menekankan yang mana pendapatan pempengaruh media sosial boleh dinilai secara mengikut jumlah pengikut selain tontonan kandungan yang dimuat-naik atas-talian.

Ia dikatakan kesedaran membayar cukai dalam kalangan tersebut masih rendah, jikalau dibandingkan mereka dengan pendapatan penggajian dan syarikat korporat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd