Tahun lalu Sony mengumumkan siri sensor LYTIA yang menggantikan siri IMX mereka. Minggu ini lima sensor 50MP di bawah keluarga LYTIA akhirnya diumumkan oleh Sony. Ia hadir dalam lima pilihan masing-masing dengan saiz fizikal yang berbeza mengikut kesesuaian peranti yang ingin menggunakannya.
Model paling mercu ialah LYT900 yang merupakan sensor sebesar 1″ dengan saiz sensor 50MP. Ia direka khusus untuk kegunaan pada peranti mercu di mana kemampuan fotografi yang tinggi adalah perlu. Ini diikuti pula oleh LYT800 sebesar 1/1.4″ sebesar 53MP dari jenis sensor bertingkat juga dengan kemampuan fotografi yang tinggi.
Model | Ciri |
---|---|
LYT900 1/0.98-type (16.384 mm) 50MP CMOS bertingkat | model mercu LYTIA sebesar 1″ untuk kualiti gambar tertinggi. |
LYT800 1/1.43-type (11.2 mm l) 53MP CMOS bertingkat | sensor 1/1.4” type dengan dua lapisan transistor untuk saturasi gambar yang tinggi. |
LYT700 1/1.56-type (10.24 mm ) 50MP CMOS bertingkat | sesnor 1/1.5” untuk peranti nipis dengan pelbagai tahap HDR. |
LYT600 1/1.953-type (8.192 mm) 50MP CMOS bertingkat | sensor 1/2″ untuk kamera-kamera popular. |
LYT500 1/2.93-type (6.144 mm0MP CMOS bertingkat | sensor 1/2.9” untuk kamera swafoto. |
Sony belum mengatakan pengeluar mana yang akan menggunakan sensor LYTIA mereka tetapi secara lazimnya Xiaomi dan Oppo adalah pelanggan Sony maka tidaklah mengejutkan jika peranti mereka yang seterusnya akan dilengkapi satu daripada lima senor Sony LYTIA.