Carian
Kerangka Fotografi Xiaomi 13 Ultra Tidak Dijual Di Malaysia
June 20, 2023 Fahim Zahar

Hari ini Xiaomi Malaysia telah pun melancarkan secara rasmi Xiaomi 13 Ultra dengan harga RM5199. Peranti yang memfokuskan fotografi ini bekerjasama dengan Leica untuk memastikan pengguna boleh menjadikan telefon pintar seakan sebuah kamera.

Umum sedia maklum di China peranti ini mempunyai aksesori menarik iaitu sebuah kerangka fotografi. Kerangka yang bukan sahaja melindungi tubuh peranti ini turut mempunyai penuras 67mm, pemegang, butang pengatup dan butang mengawal zum tanpa menyentuh skrin peranti.

Dukacita dimaklumkan yang Xiaomi Malaysia tidak akan menjual kerangka ini kerana harga jualan yang tinggi. Di China, kerangka ini dijual pada harga lebih RM600. Bagi mengelakkan harga keseluruhan peranti dan aksesori mencapai lebih RM6000 hanya Xiaomi 13 Ultra sahaja dijual.

Komen