TEMU Dilaporkan Sedang Pertimbangkan Untuk Memasuki Rantau Asia Tenggara – Satu Lagi Syarikat Edagang
Aman
Satu lagi syarikat edagang popular yang kini menempa nama di Amerika Syarikat, iaitu Temu – dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memasuki rantau Asia Tenggara. Buat masa ini, mereka telah memulakan kajian termasuk melakukan bancian berkaitan pasaran Asia Tenggara kini.
Temu menawarkan sejumlah barangan pada harga diskaun, dan kebanyakkannya dihantar terus ke pengguna dari China. Ini sekaligus mengurangkan harga barangan dijual kepada pengguna akhir.
Pada hari ini, pasaran Asia Tenggara di dominasi oleh Shopee untuk arena edagang – tetapi menerima saingan sengit daripada Lazada dan juga TikTok Shop. Temu merupakan anak syarikat Pinduoduo yang popular di China, dan Temu sendiri sedia memperluaskan penawaran ke sekitar 17 buah negara akhir-akhir ini.
Selain Temu, pada tahun ini juga menyaksikan VIPShop turut memperluaskan penawaran mereka ke pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia.
[sumber]MomentumWorks[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.