Jumlah panggilan spam dan scam meningkat di WhatsApp baru-baru ini menimbulkan kemarahan pengguna di rantau Asia. Di India misalnya ia menyebabkan kenyataan rasmi diberikan oleh kerajaan India menggesa WhatsApp untuk menangani masalah ini. Hari ini WhatsApp mengumumkan ciri baharu yang membisukan panggilan suara daripada nombor yang tidak dikenali.
Menerusi tetapan WhatsApp, pengguna boleh memilih untuk membisukan semua panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Peranti tidak akan berdering tetapi akan dalam dilihat pada log panggilan.
Kedua WhatsApp memperkenalkan juga ciri Privacy Checkup yang membolehkan pengguna mengawal sendiri tahap privasi mereka. Tetapan siapa yang boleh melakukan panggilan suara, had data peribadi boleh diakses, dan banyak lagi boleh dikawal menerusi hab setempat.