Carian
Grab Membuang 1000 Orang Pekerja Dalam Langkah Penstrukturan Strategik
June 21, 2023 Aman

Pelbagai syarikat teknologi pada tahun ini dilihat mengurangkan sejumlah tenaga kerja, disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa dan kesan kepada industri keseluruhan. Nampaknya, Grab turut tidak ketinggalan, dan hari ini mengumumkan mereka telah mengurangkan seramai 1000 orang tenaga kerja pada syarikat tersebut.

Grab menyatakan langkah ini diambil dalam menstruktur semula syarikat, supaya boleh bergerak lebih pantas, disamping mengoptimasikan penggunaan sumber untuk strategi jangka masa panjang.

Pengurangan sebanyak 1000 orang tenaga kerja ini dijangka melibatkan hampir 11% tenaga kerja syarikat tersebut. Pengurangan pekerja kali ini juga dilihat adalah yang paling besar pernah dilakukan oleh Grab, berbanding sebelum ini yang hanya pada angka ratusan sahaja ketika pandemik sebelum ini.

Komen