OpenAI, syarikat disebalik perkhidmatan seperti ChatGPT, kini dilaporkan bakal memperkenalkan gedung aplikasi mereka tersendiri untuk memudahkan pembangun menyediakan penawaran mereka untuk model-model dan perkhidmatan yang dibangunkan di atas teknologi OpenAI. Ia akan beroperasi lebih kurang seperti kedai aplikasi yang memudahkan penemuan aplikasi untuk sesuatu platform, tetapi ini memfokuskan kepada penawaran model kecerdasan buatan.
Walaubagaimanapun, penawaran kedai aplikasi ini kelak akan memfokuskan kepada pengguna perusahaan terlebih dahulu. Ia dijangka memudahkan perusahaan dan perniagaan untuk menemui dan mendapatkan model-model sesuai untuk diintegrasikan pada produk masing-masing.
Beberapa pihak dinyatakan telah bersedia menawarkan model mereka kepada pihak lain, termasuk Khan Academy. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah penawaran ini akan dilancarkan OpenAI.