Muslim Pro Melangkaui 150 Juta Muat-Turun – Pilih Malaysia Sebagai Hab Kandungan Global
Aman
Muslim Pro, salah satu aplikasi memfokuskan gaya hidup muslim, kini mengumumkan telah mencapai lebih 150 juta muat-turun di seluruh dunia. Aplikasi yang dilancarkan pada tahun 2009 lepas ini kini tersedia dalam lebih 22 bahasa, dan mempunyai lebih 60 terjemahan al-Quran padanya.
Disamping akses kepada sejumlah kandungan memfokuskan gaya hidup muslim, termasuk waktu solat dan Quran, Muslim Pro juga turut telah hadir dengan perkhidmatan penstriman mereka sendiri sebelum ini, dinamakan Qalbox.

Berkongsi berkenaan perkembangan tersebut hari ini, Muslim Pro mengatakan mereka telah mencatatkan sekitar 12 juta muat-turun di Malaysia sahaja. Muslim Pro turut menyatakan komitmen dalam terus mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia, termasuk akan melipatgandakan pasukan tempatan sehingga tiga kali ganda dalam tempoh 24 bulan akan datang, serta teruskan pelaburan dalam mendapatkan kandungan untuk perkhidmatan mereka.
Muslim Pro sebelum ini telah bekerjasama dengan syarikat Maxis dan Viu, disamping turut telah menerima pembiayaan daripada Penjana Kapital dan juga Bintang Capital Partners pada suku keempat tahun 2022 lepas.