Huawei Watch Ultimate Kini Ditawarkan Dalam Warna Expedition Black – Harga RM3299
Amy Maizuraa
Huawei Watch Ultimate di Malaysia sebelum ini ditawarkan dalam warna Blue yang menawarkan kemasan biru gelap bersama tali titanium. Ia dilihat sesuai dengan target utamanya sebagai seutas jam tangan tahan lasak, di mana ramai mengenali bahan titanium cukup simbolik dengan sifatnya yang kuat.

Sebagai pilihan, kini terdapat satu lagi pilihan warna baharu iaitu Expedition Black yang diberikan. Sekaligus menjadikan keseluruhannya mempunyai dua pilihan warna yang boleh dipilih oleh pengguna. Anda yang berminat boleh membuat pratempahan bermula sekarang, kemudian jualan rasmi pula akan bermula pada 25 Jun akan datang.

Huawei Watch Ultimate Expedition Black dikatakan menjadi variasi lebih yang lebih ringan. Kerangkanya diperbuat daripada bahan seramik berteknologi nano, di samping terdapatnya skala tachymeter pada bezel jam tangan. Tali pula sejenis silikon yang aman sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan. Namun spesifikasi dalaman pula masih sama seperti versi sebelum ini.
[info] Pratempah sekarang – HUAWEI Watch Ultimate [/info]