Carian
Micron Melancarkan Storan UFS 4.0 Yang Lebih Pantas Berbanding Samsung
June 23, 2023 Effi Saharudin

Micron semalam mengumumkan mereka telah memulakan pengeluaran storan UFS 4.0 mereka dalam pilihan 256GB, 512GB dan 1TB. Setiap storan mempunyai kemampuan menulis pada kelajuan 4000 MBps dan membaca pula pada kelajuan 4300 MBps.

Ini meletakkannya lebih pantas berbanding storan UFS 4.0 Samsung yang mempunyai kemampuan menulis pada kelajuan 2800 MBps dan membaca pula pada kelajuan 4200 MBps. Kelajuan dicapai menggunakan teknologi senibina 3D NAND 232-lapisan. Micron berkata cip mereka juga menjimatkan penggunaan kuasa sehingga 25% dan menawarkan peningkatan kelajuan sehingga 2x berbanding storan UFS 2.0.

Cip storan telahpun diberikan kepada pelanggan untuk diuji dengan peranti pertama menggunakannya akan ke pasaran pada H2 2023.

Komen