Carian
Microsoft Akhirnya Mengaku Xbox Kalah Kepada Sony Dan Nintendo Dalam Perang Konsol
June 23, 2023 Effi Saharudin

Microsoft tidak berkongsi angka jualan Xbox Series S/X secara rasmi. Tetapi setakat ini ia dianggarkan terjual sekitar 19 juta unit berbanding PlayStation 5 yang secara rasmi telah terjual hampir 39 juta unit. Menurut laporan IGN pagi ini, Microsoft akhirnya mengaku mereka kalah dalam perang konsol dengan Sony dan Nintendo dalam dokumen yang difailkan dalam kes mahkamah menentang FTC yang menghalang pembelian Activision Blizzard.

Dokumen menyatakan Xbox berada di tempat ketiga dengan 16% pasaran konsol berbanding Sony dan Nintendo. Peratusan pegangan Sony dan Nintendo telahpun dipadam. Dari segi penjanaan pendapatan pula, sekali lagi Xbox di tangga ketiga dengan 21% pegangan pasaran.

Microsoft berharap pendedahan ini akan dapat membantu mereka memenangi kes kerana dengan mereka di tangga ketiga, tuduhan mereka ingin memonopoli pasaran menerusi pembelian Activision Blizzard adalah tidak berasas. FTC pula boleh menggunakan dokumen yang sama sebagai bukti pembelian Activision Blizzard akan membolehkan Microsoft menguasai dunia permainan video dengan menghalang permainan ditawarkan pada platform pesaing.

Komen