ASUS Zenfone 10 bakal dilancarkan secara rasminya pada 26 Jun akan datang. Kini, spesifikasi peranti dilihat tertiris sepenuhnya menerusi perkongsian WinFuture yang secara tidak langsung memberi gambaran lebih khusus tentang penawarannya.
Peranti akan menggunakan skrin AMOLED FHD+ sebesar 5.9″ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 8/16GB dan storan dalaman 256/512GB. Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh yang boleh dicas semula menggunakan port USB-C.
Selain daripada itu, sistem dwi-kamera 200MP + 8MP akan digunakan di belakang. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 32MP. Turut dipercayai bahawa peranti akan mempunyai bicu audio 3.5mm dan dilindungi dengan penarafan kalis air IP68.