TikTok Akan Menamatkan Penawaran TikTok Now – Kurang Setahun Selepas Pengenalan
Aman
TikTok sebelum ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dinamakan TikTok Now yang membawakan ciri seumpama aplikasi BeReal – yang mana ia memfokuskan kepada perkongsian rakaman video atau gambar secara rawak pada masa tertentu sesuatu hari.

TikTok Now telah diperkenalkan pada September 2022 lepas, dan kini kurang setahun, pihak TikTok memilih untuk menamatkannya. Sebab disebalik penamatannya tidak dinyatakan, tetapi ia berkemungkinan kerana popularitinya yang rendah, atau mungkin juga kerana permintaan untuk ciri seperti BeReal.
Pihak TikTok telah menghantar notifikasi kepada para pengguna TikTok Now, menyatakan aplikasi berkenaan akan ditamatkan. Pihak TikTok mengalakkan pengguna melakukan perkongsian terus melalui aplikasi utama TikTok selepas penamatannya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.