Carian
Microsoft Merancang Menawarkan Windows 11 Di Awanan Untuk Semua
June 28, 2023 Effi Saharudin

Sejak tahun 2021, Windows 365 ditawarkan kepada pelanggan perniagaan yang membolehkan sistem operasi Windows 11 diakses secara awanan di pelbagai peranti yang dimiliki syarikat. Dalam dokumen yang difailkan untuk kes mahkamah antara FTC dan Microsoft, ia mendedahkan perkhidmatan Windows 365 untuk orang ramai sedang dibangunkan.

Menerusi langganan bulanan, orang ramai juga boleh mengakses Windows 11 pada mana-mana peranti milik mereka menerusi sambungan internet. Terdapat pelan untuk keluarga yang membolehkan ibu bapa memantau penggunaan Windows 11 anak dan juga memasuki sesi permainan video mereka untuk sesi multi-pemain.

Walaupun Windows 365 secara awanan di dalam perancangan Microsoft, mereka masih akan menawarkan Wndows 11 tradisional kerana masih wujud keperluan untuk sistem operasi yang dipasang pada komputer yang tidak memerlukan sambungan internet.

Komen