Selepas Honor Malaysia melangkau siri Honor 80 tahun lalu, tahun ini mereka mengesahkan yang siri Honor 90 bakal diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Setakat ini peranti yang disahkan akan dibawa masuk adalah Honor 90 sahaja.

Honor 90 hadir dengan skrin 6.7-inci AMOLED melengkung beresolusi 2664×1200, 120Hz, HDR10+ dan menyokong ciri paparan warna dan mod malam Circadian. Cip pemprosesan adalah Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition 5G, memori mencapai 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri peranti pula 5000mAh dengan pengecasan pantas 66W Honor SuperCharge.

Untuk kamera Honor 90 dilengkapi dengan konfigurasi tri-kamera di belakang daripada sensor 200MP f/1.9, sudut lebar + 12MP f/2.2, sudut ultra-lebar + 2MP f/2.4, sensor kedalaman dan kamera swafoto 50MP. Aplikasi kamera turut dilengkapi dengan beberapa ciri AI baharu untuk video dan mod HDR baharu untuk gambar.
Honor 90 akan menjalankan sistem operasi MagicOS 7.1 berasaskan Android 13. Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran lagi. Tetapi difahamkan ia akan tiba dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan.