Siri Oppo Reno10 Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada 6 Julai
Amy Maizuraa
Oppo kini dalam persediaan hadir dengan variasi baharu untuk peranti di bawah siri Reno. Peranti yang dimaksudkan sudah semestinya siri Reno10 yang sedia diacah sejak awal minggu yang lalu. Pelancaran rasminya juga telah dikongsikan yang bakal berlangsung pada 6 Julai dan sekurang-kurangnya tiga variasi peranti bakal ditawarkan.

Ianya merangkumi Reno10, Reno10 Pro dan Reno10 Pro+, namun maklumat mengenai perkakasan agak terhad buat sama ini. Oppo mengesahkan cip Snapdragon 8+ Gen 1 akan menguasai variasi Pro+, sementara itu cip untuk dua lagi peranti masih menjadi tanda tanya. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya.
[info] Baca – Ini Adalah Rekaan Oppo Reno10 Pro+ 5G Untuk Pasaran Tempatan [/info]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.